Posts

Showing posts from 2008

Egois...

Image
Hurm.. rasa2 mcm nk tulis sedikit tentang pendapat aku berkenaan dgn ego. Pada aku, ego yg berlebihan akan membuatkan diri kite sukar menerima kritikan. Perkara ini sudah tentu tidak membawa sebarang kebaikan. Sometimes ego dalam diri perlu memainkan peranan supaya kita tidak dimalukan atau ditindas. Dgn kata lain, kita pelu bijak mengawal ego kita menggunakan akal dan pengetahuan supaya ia memainkan peranan di waktu yg sesuai. Aku rasa aku turut ada ego. wpun dulukala, aku selalu cakap, aku x ego. tapi hakikatnya, ia wujud dalam diri aku. Hurm.. ada kes yang menyebabkan aku notis ego wujud dalam diri aku. Tapi setakat mna kekuatan ego aku ni,aku belum pastikan lagi. Perlu ada ilmu nak cakap ttg perkara ni dengan lebih detail. so aku tinggalkan dulu..da da :D.

Pack December

Image
December... pick month in my schedule. since 1 dec until now. lack of rest, lack of sleep but work must done in time. i felt that this month, my life not balance in all 6 areas wheel of life. i miss my family vacation last week, miss to attend LMI graduation session.. miss to attend my friend engagement ceremony... emm.. but i cannot regret because i choose to do that. My focus this month is in my career.. no choice. dateline is overdue.. huhu.. so, its need my sacrification in other area. Hummm.. rindu nye kat mak. hopes this week leh balik kg. Dah seminggu menumpang di cyber ni.. housemate pun da lama x jumpa. rasa rindu gak. Tadi baru lepas training session dgn JTM.. hurmm, nampaknya mcm ada lagi nk kene ubah system tu... x byk masa, kene setle b4 friday gak, kene demo skali lg dgn JTM. exam schedule lak.. huhuhu.. mlm ni gak kene setle. aku akan berusaha. semuanya aku jerk yg boleh ubah. ok, no much time.. kene masuk gear 1, nak pecut!!!

Damia Suhailah Mohd Shahren

Image
Sabtu, 6 DEC 08. Hari cukur jambul suhaila, hari tu umur dia 1 bln 5 hari.. Buat sekali majlis doa selamat utk abg saha n kak aya di mekah, semoga perjalanan ibadah abg n akak dipermudahkan sepanjang di Tanah Suci. Semenjak suhaila lahir, Alia pun dah nk ikut aku. barulah nk senyum2 kalau jumpa org. kalau idak tu, duk berkepit je la dgn maknye. Semoga anak2 buah cik esah jadi anak2 yg soleh solehah..

ITSD Retreat

Image
21-23 November 2008 Vanue : Ancasa Hotels & Resort PD.

Eid Mubarak Open House

Image
Held on 24Oct2008. So hapening.. maklumla gabungan beberapa department under Mr.David. Tapi ni belum termasuk team kat melaka, kalau deme2 semua ada, sure lagi meriah. Antara aktivitinye, makan, sembang, karaoke, makan, makan, sembang n.. hehe. memandangkan student masih cuti lagi, boleh la nak expose suara masing2. x lah mengganggu class. :D

My Best Friend Wedding

Image
04 Syawal / 04 October 2008 Hanisah Wedding.. Hanisah, Doaku agar hidupmu bertambah indah dengan kehadiran Zulfadhli disisi. Semoga engkau dikasihi & dihormati selayaknya sebagai seorang isteri. Semoga engkau menyayangi & menghormati suamimu selayaknya sebagai penghulu rumahtanggamu. Semoga rahmat Allah sentiasa mengiri perjalan hidup kalian.

Angin.. Jangan dipandang enteng.

Sejak minggu lepas lagi.. angin aku kat badan sebelah kiri aku ni datang balik. lenguh je tangan ni sampai kau x selesa nak buat kerja. tiap malam minta tlg sapa2 yg free utk sapukan minyak kat belakang badan aku nih.. x lega2. Penyakit ni mula datang masa aku belajar kat kusza lagi.. jadi aku dah biasa wpun letih menanggungnya. Tetiba pagi ni, dalam perjalanan ke ofis aku teringatkan ttg angin ahmar. Terfikir lak aku adakah ia simptom2 angin ahmar..sampai ofis je aku terus search 'Angin ahmar' dan banyak info yang aku jumpa.. rasanya nak kene share dgn korang sbb aku fikir ia berguna. Angin ahmar bahasa saintifiknta = STROKE Sejarah angin ahmar ini, ia merupakan sejenis mahluk Allah yang diciptakan sangat merbahaya kerana ia boleh menyerang sehingga ke urat saraf dan ia boleh membunuh. Ikhtiyar yang paling baik melainkan dengan membaca doa angin ahmar. "Sejurus kemudian Jibril pun ghaib, lalu kembali semula kepada Rasulullah S.A.W. dan berkata, “Bahawasanya ALLAH S.W.T.

Breaking fasting... :))

Image
7/9/2008:: location:: C.R.Shop CRS) Midvalley.. 5.15pm aku, nisah n wani dah duk kat CRS, fuhh awal seh.. hehhe.. the others still on their way.. kitorang pun belek2 la menu.. kira punya kira dah decide la beberapa menu utk kitorang betiga memandangkan yg lain nk order asing. 6.15 mereka xsampai lagi, kitorang pun order la dulu.. diantara menunye, kari ayam, pai tee, nasi ayam, sup apa ntah namanya n satur apa ntah namaanya hhehe.. air 2 gelas jerk.. share sbb jaga perut nnt dari buncit.. cehh baik nye alasan :p kira2 15min lps tu kyeen n partner pun tiba.. terus order makanan.. then borak2... imii n partner lak sampai.. terus tgk2 menu then order makanan.. sambil2 sembang..satu2 makanan keluar.. bila sampai makanan masing2 agakk2 menu masing2.. agak kecoh meja masa tu.. satu satu.. lama2 penuh meja.. x sedar banyak rupanya yg kitorang dah order.. maklumla nafsu org berpuasa ni besar rupanya :p haha.. astagfirullah (insaf..) masuk waktu je, pemilik CRS cakap, its time to breaking fast.

BBQ sebelum Ramadhan

Image
Kalau orang negor cakap, membantai hehe.. Besttttttttt... tp rasa x puas nk makan ayam lg.. Izzi+lela sponsor ayam sikit banget. hehe..

pertunangan nisah..

Image
27 JULAI 2008 Hari bersejarah bagi kehidupan kawan baik aku, Hanisah Mohamad. Engagement ceremony between her and Zulfadli. Tampak berseri di wajahnya menggambarkan kegembiraan dihati nya. Walaupun dia agak berdebar pada mulanya, namun nisah dapat mengawal keadaan membuatkan majlis berjalan seperti yang dikehendaki. Aku sebagai sahabat turut rasa gembira. :D All my best friend during study at UKM also come to make this event happening. Thanks a lot to Imi, Eda, Kak Yeen and Wani. Kehadiran kalian cukup menyerikan perjalanan majlis. Secara x langsung jadi majlis gathering kita.. menarik kan? Lama dah kita x berkumpul ramai2 mcm ni. Alhamdulillah tarikh bersejarah nisah ni, Allah mentakdirkan menjadi hari kita semua. Wani n Nisah dah lepas satu step, u all bila lagi nk join the club :D. Tahniah buat nisah. Imi n kak yeen jua akan menyusul lepas raya ni. Apapun aku doakan korang bahagia dengan pilihan hati masing2.. Korang tau x, kalau korang happy cukup buat aku tersenyum gembira sekali

Dugaan

Image
Dugaan dan cabaran dalam hidup sentiasa mewarnai kehidupan kita. Kadangkala kita pertikaikan kenapa aku perlu lalui kesukaran hidup seperti ini. Tapi kita jgn lupa, Allah beri dugaan itu sesuai dengan kemampuan kita. "Allah tidak membebankan seseorang itu dengan beban yang diluar kemampuannya. " (sebahagian ayat 286 dari surah Al-Bawarah) Aku bercakap untuk diriku jua. Sebagai insan yg lemah, kadang kala kita melatah pabila dugaan yang kita anggap besar membebani kita. Jadi apa yang perlu kita buat?? Aku juga masih mencari ubatnya. Sejauh mana keyakinan kita padaNYA. bagi ku, itu semua ujian menandakan Dia sayangkan kita. Mungkin kita hanya perlu gaulkan sedikit kekuatan dan dihiasi dgn keberserahan kita padaNYA agar kita terus tegar. Seringkali org kata, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Kadangkala kita mencari apa hikmahnya atau sekadar ingin menyedapkan hati? Kembali padaNYA dan kita akan rasai.. cakap mmg senang, tp untuk lakukan.. jadi payah sbb makhluk Allah yan

Aku perlukan MU...

Aku masih belum cukup kuat. Aku mohon keampunan, pergantungan ku pada MU masih goyah. Aku perlukan MU..dalam setiap langkahku.. Bantulah aku mengharungi kehidupan ini. Aku mahukan bahagia.. Tapi aku bingung jalan yang ku pilih Aku mengaku kelemahan aku.. Aku perlukan MU.. menetap kan segala.. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui. Aku mohon keampunan MU Aku mohon perhatian MU Aku mahu ingatan ku sentiasa mengingati MU Dalam apa jua yang aku lalukan. Aku tak cukup kuat. Benarkah jalan yang ku pilih. Engkau bantulah aku. Engkau bantulah dia. Keputusan ini amat perit, Tapi aku harap ia jalan terbaik untuk mencapai keredhaan MU untuk menggarap sekaligus cinta MU Aku doakan dia tenang dia boleh terima keadaan ini Begitu jua diri ku, Ku harap aku dapat ketenangan Ku terima kesakitan sementara ini. YA ALLAH.. Bantulah kami.. Tunjukkan lah kami jalan menuju kejayaan dan kebahagiaan abadi dunia akhirat. Bantulah kami.. Bantulah kami..

ICEMS Family Day

Image
7 June 2008 For the first time, ICEMS had their own family Day to gather our team both from Melaka n Cyber. even simple but is so fun.. Destinasi pilihan di eagle ranch PD. lunch prepared well.. sedap beb. tp len kali x leh nk g sini.. tempat ni sponsored by casbelrg. playing sukaneka like we come back into primary school.. hehehe..Got lari dalam guni, terompah gergasi, lari bawak botol and find sweet in the flour.. we finished the game only abt 1 and half hour. fuhh.. lelah jugak. maklum la.. biasa duk depan pc jerk.. huhu.. tapi kitorg dah buktikan, kitorang cukup cergas jugak. we all devide by 3 group. aku dapat group bola.. we attempt at second place only. But actually, bukan harap sgt menang tu.. yg kalah pun happy jugak, tp kelebihan pd yg menang tu, boleh la nk belagak sikit..hahaha.. tapi kitorang no fight ttau.. esok lak registration new student kat MMU.. aku kene standby.. :) p/s : kelvin n Naj, dont forget us.. ur expertise always needed. (^.-)

Bulan Mei

Image
Wah... banyak sekali yang berlaku dalam hidupku sepanjang bulan mei ni. full setiap minggu.. selain percutian ku ke pangkor, dapat jam tangan, sambut besday dan bawa mak jalan2...ada satu lagi, aku memiliki laptop sendiri. hehe... setelah sekian lama aku merancang untuk beli laptop, akhirnya aku pilih bulan mei bersempena bulan kelahiran aku. suka sangat.. tapi aku masih blur how i want make my laptop interesting. u all ada cadangan x? :) Berterima kasih kepada sahabat2 yang menjadi tulang belakang disebalik memiliki laptop ni. mula2 aku berfikir banyak juga.. tapi bulan ni aku jadi nekad. duit yg aku ada, aku salurkan dulu untuk laptop ini... hehehe.. ni lah harta yang aku ada setakat ni..sayang wooo..

Sambutan Besday Atin.

Image
24 Mei (sabtu):: besday anak buah aku (Atin) yg ke-12. beriya dia nak buat besday party. abg aku layankan je la kerenah anak dia. Elok jugak, boleh la aku n nisah pun amik peluang menumpang memotong kek, maklumla, besday kami pun in may jugak. hehe.. aku beli kek blueberry cheese.. abg aen beli kek span bluberry. tapi budak2 ni x suka lak bluberry cheese tu, padahal itulah yang sodap. makan sikit pun dah cukup.ehe.. meriah gak la majlis tu. kwn2 atin je dah 2 kelas yang datang. family aku pun dah ramai, semua balik kecuali keluarga abg yom. jiran2 pun datang. menu hari tu, soto dan beehoon sup (sup ayam n tulang). kuih2 lagi.. banyak laa.. happy jer aku tgk atin, malam2 bukak hadiah... aku xdapat hadiah hehe.. ehh dah dapat awal bulan mei hari tu. besday present aku jam casio fishing gear. boleh la ikut g memancing (aku x penah lagi g memancing tau, teringin...) :).

Percutian Ke Pangkor

Image
9,10 & 11 May : Percutian ke Pangkor. Planning untuk percutian ni sejak pertengahan bulan lepas, asalnya sebagai tempat gathering geng active-5.. tapi hasil perbincangan selama ½ bulan, masing2 ada hal. Yang tinggal kami bertiga, aku nisah n wani. Mula-mula masuk bulan may, masing2 dah malas, lagi2 lepas aku beli laptop. Tapi bila masuk awal minggu ni, nisah n wani kata YA. Bilik chalet semua x tempah lagi. Alhamdulillah ada contact. Aku terus contact pemilik sunset view, sebenarnya tak dapat bayang pun tempat tu macamana, tapi aku , nisah n wani dah tawakkal, terima je. Harga pun okey jugak. Jadi kami dah buat deal. Jumaat pagi, kak long confirm join kami. Elok jugak. Malam tu ambil kak long d desa mentari, alih2 kak long kata kak zila nk join, kami pun set je memandangkan kami tempah 2 bilik. Lagipun, meriah la sikit kalau ramai2 kan..  at last, corum active-5 dipenuhi. 10 may 10.00am naik feri. Sampai chalet 10.40am. sampai je terus check in. Pemilik chalet, Cik Din dah tung

12 March 2008

Baru 4 hari lepas PRU-12. Hari ni baru boleh tau siapa menteri besar kerajaan campuran negeri selangor. apa yang aku harapkan, tiada persengketaan.. yang kalah sepatutnya bermuhasabah, yang menang patut buktikan yang anda boleh. biasa bila kita di atas kita lupa, sesekali bila kita jatuh, kita tahu di mana kita dah berada sekarang. aku bukanlah orang yang minat pada politik. tapi x dapat nak dinafikan, politik ni ada dimana2. dan apa yg pasti, mana2 kesilapan politik, akan beri effect pada sekeliling.. malah kepada org yang tak bersalah. Dan selaunya, org yg membuat onak itu terlepas.. jadi, siapa2 yang berada di atas, janganlah bermegah tapi sepatutnya sentiasa berwaspada dan bijaksana kerana silap langkah anda, ramai yang merana. dan juga kene igt, pergerakan anda sentiasa jadi sebutan. kene selalu igt pada pepatah "telajak perahu boleh diundur, telajak kata buruk padahnya" .