Posts

Showing posts from 2019

E-ticket with Wonderfly review 2019

Image
Cuti sekolah akhir tahun ni.. kak Ai beli ticket dari wonderfly utk admission ke lost world of tambun. . Since beli utk fam members yg ramai, sgt berbaloi. ada promo akhir tahun 5-8% tertakluk pada jumlah total. Kak Ai qualified utk dpt 8% discount so harga ticket dpt Adult jatuh harga RM63.48 & kids 59.8. . Kak Ai ni risau nk beli online sbb tak pasti weather benda ni trusted agent or not. So kalau u all ada perasaan yg sama.. Don't worry. We really get entered and enjoyed at Lost World of Tambun using wonderfly 😊😊 . Lps bayar, kita akan dpt e-ticket dgn Qrcode. Kita ada option utk print or just show the ticket tru our handphone utk redeem gelang (yg biasa kita pakai masuk waterpark). . Alhamdulillah perjalan kak ai and fam masa tu sgt mudah.. smpi lost world 11am. Beratur x panjang pun utk redem. then ank2 hae fun dlm tu. Hp rosak pulak masuk air sbb waterproft pouch kami tu leaking. x dpt snap pict dlm ni.. hahaha dugaan. . Okey ini saja. Planned your va

buah hati

saat kau hadir usah di tanya apa rasanya bila adanya nadi berdegup-degup bersama berkongsi makanan yg sama berkongsi rasa yang sama ketepi rasa lelah digendong kemana jua buah hati bonda kita takkan selamanya bersama bonda takkan selalu ada Tp Allah sentiasa ada Terjatuh itu biasa Tetaplah bangun Tetaplah bertatih susun semula langkah Sampai laju kamu berjalan Sampai bintang kamu gapai Dunia semakin rakus Jgn biar dirimu terlena dari buaian rasa nafsi Jgn biar dirimu kabur dek mewah dan cantiknya ia Ingatlah buah hati bonda Jagalah sekeping hati itu biar putih memutih buah fikiran mensuci segenap langkah dan pilihan Agar redhaNya sentiasa dlm setiap detik hidupmu Bila kamu di langit Tetaplah pandang ke bumi Kerana semana tingginya kamu Dia Yang Esa lebih tinggi dari itu Kamu di situ jua atas izinNya Buah hati bonda Doa bonda... Tetaplah buah hati bonda bersinar dgn Iman dan Ihsan Begemerlapan memancar cahaya terangi kekabusan dan kegelapan Ya R

Puisi kekasih

saat manis yg terkenang saat pedih yg memilukan tika terlintas penuhi ruang tanpa sedar senyuman tersimpul walau dulu berteman airmata kenapa dan mengapa ia harus berlaku perlukah dan wajarkah ia harus di persoal dengarlah kasih kasih kan terus bersulam kasih bila diiringi Redha Redha yg Esa demi rinduMu menyuntik hati mengingatiMu walau jalan nya berliku ia kan tetap ku harungi dengarlah kasih kasih ku hanya sementara kejarlah wahai kasih kasih yg abadi dari sang Pencipta -Love-

mekar bunga

Debunga yg manis Menjadi rebutan lebah Adab sopan terjaga Moga ada bahagia Kau senyum aku senyum Kau masam aku bingung Jgn lah ada yg diselindung Agar bahu dapat dipinjam Bahagia yang di rasa Bila melihat yg disayang bahagia Tapi ia bukan cinta kerna Cinta hanya agung untukNya bila dah suka, begini rupanya Apepun sukanya dunia Moga menjadi tautan Pemudah jalan ke syurga Kerna ia sebaiknya pengakhiran Doa yg baik2 saja moga ia selalu mekar bukan bagai mekarnya bunga tapi mekar di sanubari mengalir tiada henti selagi jantung berfungsi -- tribute for KNR <3

rasa..tidak dipaksa

Image
Rasa... datangnya tidak terduga malah kadang tidak terlintas di minda Namun hadirnya pasti ada rencana tertulis rahsia agong Nya Adanya pertemuan dihadirkan rasa Kadang tercalit gembira Kadang hasilkan tak suka Kadang buahkan cinta Kadang buatkan hangus dada yang hadirnya tidak dipaksa Sayang.. lahirnya kerana rasa terjentik bukan kerana perhiasannya Kerna rasa itu halus seninya bukan dipaksa atau terpaksa terjaganya cetuskan bahagia Adanya pertemuan dihadirkan rasa yang hadirnya tidak dipaksa

cinta

Image
Bait-bait cinta tak terungkap biarlah ia tersimpan dan hanya dirasai dua jiwa yg mekar Tuhan tahu isi hati walau dipendam ia terserlah jua seikhlasnya.. seiring dgn cinta dlm dua jiwa Bait bait cinta bukan dari bicara terungkap dgn mata bibir mengukir senyum mengiringi langkah bersama hati terasa gundah bila tiada Bait bait cinta oh Tuhan peliharalah ia sesuci cinta padamu Ilahi

Semalam

Image
berlari-lari anak.. sepoi-sepoi angin menerjah pipi airmata yg jatuh berlalu dan pergi walau esok belum tiba demi saat dan detik meninggalkan cerita yg hanya menjadi cerita.. angin setia meniup.. sejuk.. menyejuk hati.. yg dalam hati biarkan ia diam sendiri kuatlah tetap berlari demi esok yg belum pasti baik yg semalam adalah semangat buruk yg lepas pedoman hidup putih digilap jadi cahaya hitam tak kan hitam selamanya berseliku tunduk penuh harapan esok insyaAllah bergemerlapan berlari-lari anak.. burung-burung berkicauan.. terkesima cantiknya didepan.. tanpa sedar terukir senyuman sesekali toleh belakang pasti.. airmata jatuh berlalu.. dan terus pergi