buah hati

saat kau hadir usah di tanya apa rasanya
bila adanya nadi berdegup-degup bersama
berkongsi makanan yg sama
berkongsi rasa yang sama
ketepi rasa lelah digendong kemana jua

buah hati bonda
kita takkan selamanya bersama
bonda takkan selalu ada
Tp Allah sentiasa ada

Terjatuh itu biasa
Tetaplah bangun
Tetaplah bertatih
susun semula langkah
Sampai laju kamu berjalan
Sampai bintang kamu gapai

Dunia semakin rakus
Jgn biar dirimu terlena
dari buaian rasa nafsi
Jgn biar dirimu kabur
dek mewah dan cantiknya ia

Ingatlah buah hati bonda
Jagalah sekeping hati itu
biar putih memutih buah fikiran
mensuci segenap langkah dan pilihan
Agar redhaNya sentiasa dlm setiap detik hidupmu

Bila kamu di langit
Tetaplah pandang ke bumi
Kerana semana tingginya kamu
Dia Yang Esa lebih tinggi dari itu
Kamu di situ jua atas izinNya

Buah hati bonda
Doa bonda...
Tetaplah buah hati bonda
bersinar dgn Iman dan Ihsan
Begemerlapan memancar cahaya
terangi kekabusan dan kegelapan
Ya Rahman.. perkenankanlah









Comments

Popular posts from this blog

Mengira kitaran haid & waktu subur

Tayar Kereta

Sayang