Posts

Showing posts from February, 2020

CERPEN: Langit Mendung ~ part 1

Cerita adalah rekaan semata-mata Idea dtg time2 BZ.😆 ------------------------------------------------------------------------------------------------ Kayla termenung menghirup kopi panas dihadapannya, sambil menikmati pemandangan pergunungan Milfort Sound.. lautan air tawar yang terbentang dikelilingi kehijauan hutan dan bunyi air terjun yang menjunam memberikan ketenangan yang maksima buat kayla. Dia bersyukur kerana walaupun dia terasa terlalu besar beban yang ditanggung.. dia masih diberi peluang oleh al-Khaliq untuk menikmati keagungan Dia. Dia masih bernasib baik masih ada ruang untuk dia perbaiki diri. Allah masih sayangkan dia. Tak boleh dia nak membayangkan.. apa yang Miji fikirkan tentangnya sehingga sanggup membiarkan dia keseorangan. 13 tahun berkawan belum cukup untuk Kayla memahami Miji.. yang ajak berkahwin pun Miji, tapi bila dah jadi yang sah... ada saja yang tak kena. Baru 2 bulan usia perkahwinannya, tp cukup untuk buat kayla membawa diri sampai ke new zealand.

senangnya rasa hati

senangnya dalam hati bila semua dlm checklist dipenuhi tapi bila satu kecundang takkan nak menuding jari 1 tunjuk orang 4 lagi tuju diri sendiri berhempas pulas sana sini kejarkan kpi duniawi Jgn biar ia buatku lalai Jadikan ia asbab Kau ku ingati maafkan aku Ya Rabbi Terangi jalan dan turunkan ilhami Bulatnya dunia Bulatnya roda tetap berputar itu lumrahnya kejap diatas kejap dibawah kalau sentiasa di atas maka ia tak bergerak ke mana2 tiadalah malam tiadalah siang mungkin ia adalah pengakhiran Berenti tanyakan kenapa redha setiap aturannya senangnya rasa hati bawah atau atas bukan soalnya tak dapat senangkan org cukup tak tambah susah org

Nasihat

Aku nasihat bukan tunjuk aku hebat Aku mahu kabarkan aku juga butuh nasihat Aku tahu A kau tahu B aku ingat B kau ingat A tu baru A dan B.. ada byk lagi huruf lepas B banyak lagi yg belum digali kerna maksum itu jauh sekali Kalau kau manusia mmg kau pelupa jgn nak mendabik dada Kerna manusia itu nasia yg lupa igt bila selalu buat igt bila selalu cakap sbb itu aku nasihat supaya aku terus igt dan aku buat bukan utk cari salah kau musibat Pegang pada landasan pesan pada kebaikan pesan pada kebenaran tak usah goyah pada pandangan melainkan kau ajak kebatilan Aku salah jangan biar aku salah Aku betul jangan pula kau sanjung Aku juga nasia yg lupa Sentiasa hauskan nasihat