Posts

Showing posts from September, 2019

mekar bunga

Debunga yg manis Menjadi rebutan lebah Adab sopan terjaga Moga ada bahagia Kau senyum aku senyum Kau masam aku bingung Jgn lah ada yg diselindung Agar bahu dapat dipinjam Bahagia yang di rasa Bila melihat yg disayang bahagia Tapi ia bukan cinta kerna Cinta hanya agung untukNya bila dah suka, begini rupanya Apepun sukanya dunia Moga menjadi tautan Pemudah jalan ke syurga Kerna ia sebaiknya pengakhiran Doa yg baik2 saja moga ia selalu mekar bukan bagai mekarnya bunga tapi mekar di sanubari mengalir tiada henti selagi jantung berfungsi -- tribute for KNR <3

rasa..tidak dipaksa

Image
Rasa... datangnya tidak terduga malah kadang tidak terlintas di minda Namun hadirnya pasti ada rencana tertulis rahsia agong Nya Adanya pertemuan dihadirkan rasa Kadang tercalit gembira Kadang hasilkan tak suka Kadang buahkan cinta Kadang buatkan hangus dada yang hadirnya tidak dipaksa Sayang.. lahirnya kerana rasa terjentik bukan kerana perhiasannya Kerna rasa itu halus seninya bukan dipaksa atau terpaksa terjaganya cetuskan bahagia Adanya pertemuan dihadirkan rasa yang hadirnya tidak dipaksa

cinta

Image
Bait-bait cinta tak terungkap biarlah ia tersimpan dan hanya dirasai dua jiwa yg mekar Tuhan tahu isi hati walau dipendam ia terserlah jua seikhlasnya.. seiring dgn cinta dlm dua jiwa Bait bait cinta bukan dari bicara terungkap dgn mata bibir mengukir senyum mengiringi langkah bersama hati terasa gundah bila tiada Bait bait cinta oh Tuhan peliharalah ia sesuci cinta padamu Ilahi