rasa..tidak dipaksa
Rasa...
datangnya tidak terduga
malah kadang tidak terlintas di minda
Namun hadirnya pasti ada rencana
tertulis rahsia agong Nya
Adanya pertemuan dihadirkan rasa
Kadang tercalit gembira
Kadang hasilkan tak suka
Kadang buahkan cinta
Kadang buatkan hangus dada
yang hadirnya tidak dipaksa
Sayang..
lahirnya kerana rasa
terjentik bukan kerana perhiasannya
Kerna rasa itu halus seninya
bukan dipaksa atau terpaksa
terjaganya cetuskan bahagia
Adanya pertemuan dihadirkan rasa
yang hadirnya tidak dipaksa
Comments
Post a Comment