Posts

Showing posts from July, 2020

CERPEN: Langit Mendung.. Part 2

Cerita adalah rekaan semata-mata Idea dtg time2 BZ.😆 ------------------------------------------------------------------------------------------------ Perjalanan dalam Nature Cruise menyelusuri pergunungan Milfort sound ini akan mengambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit. Khayla sangat terpesona kerana pemandangan pergunungan salji ini sangat menakjubkan. Air kopi hangat dengan muffin yg dihirupnya tadi sangat memberi kelegaan dalam suasana sejuk di sini. Buji dilihat dah pun terlena dalam beg pendukung khasnya. Mungkin sbb dah kenyang dan sejuk.. mudah lah Buji tertidur. Di lautannya terdapat sekawananan ikan lumba-lumba seronok bermain dipermukaan. Khayla sibuk mengambil gambar sebab inilah kali pertama dia melihat ikan lumba-lumba secara dekat. memang mengasyikkan. Hilang rasa penat ke Milfort Sound ni tadi yang mengambil masa selama 2 jam. Dibibirnya tak lekang dgn senyuman sambil sesekali bersembang dgn pelancong lain yang turut sama teruja dengan keindahan yang luar biasa di