CERPEN: Langit Mendung.. Part 2

Cerita adalah rekaan semata-mata
Idea dtg time2 BZ.😆
------------------------------------------------------------------------------------------------
Perjalanan dalam Nature Cruise menyelusuri pergunungan Milfort sound ini akan mengambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit. Khayla sangat terpesona kerana pemandangan pergunungan salji ini sangat menakjubkan. Air kopi hangat dengan muffin yg dihirupnya tadi sangat memberi kelegaan dalam suasana sejuk di sini. Buji dilihat dah pun terlena dalam beg pendukung khasnya. Mungkin sbb dah kenyang dan sejuk.. mudah lah Buji tertidur.

Di lautannya terdapat sekawananan ikan lumba-lumba seronok bermain dipermukaan. Khayla sibuk mengambil gambar sebab inilah kali pertama dia melihat ikan lumba-lumba secara dekat. memang mengasyikkan. Hilang rasa penat ke Milfort Sound ni tadi yang mengambil masa selama 2 jam. Dibibirnya tak lekang dgn senyuman sambil sesekali bersembang dgn pelancong lain yang turut sama teruja dengan keindahan yang luar biasa di situ.Dolphin dan anjing laut juga berhabitat di situ. Boleh lihat dengan jelas anjing2 laut terdampar di atas batu-batuan merehatkan badan.

Bentuk dan suasa di pergunungan itu pun dah sangat menakjubkan.. ditambah pulak dengan hidupan2 laut disitu..menambah keindahan ciptaan Allah.

Hai Buji, bangun lah.. banyak yang kau dah terlepas ni, getus Khayla di dalam hati. Jari nya tak lepas merakam setiap saat indah dengan kamera compactnya Fujifilm X-T30. Mmg sengaja dia beli model ini sbb ia kecil, ringan dan mempuanyai kualiti gambar yang bagus dari reviewers. Sesuai utk backpackers macam dirinya.

Dah penat berdiri, Khayla kembali masuk ke dalam dek untuk berehat sekejap lagipun tinggal lebih kurang 15min perjalanan cruise ni akan sampai ke checkpoint. Khayla memesan hotchoclate utk memanaskan badan kerana sejuk berada diluar tadi sambil melihat gambar2 yang di ambilnya tadi.
Hibanya bertandang.. menjelajah ke Milfort Sound adalah salah satu checklist destinasi yang sepatuntya dinikmati bersama Miji.. ternyata dlm gambar2 tu hanya ada dia.



------------------------------------------- to be continue :) --------------------------

Comments

Popular posts from this blog

Mengira kitaran haid & waktu subur

Tayar Kereta

Sayang