Aku perlukan MU...

Aku masih belum cukup kuat.
Aku mohon keampunan,
pergantungan ku pada MU masih goyah.
Aku perlukan MU..dalam setiap langkahku..
Bantulah aku mengharungi kehidupan ini.

Aku mahukan bahagia..
Tapi aku bingung jalan yang ku pilih
Aku mengaku kelemahan aku..
Aku perlukan MU.. menetap kan segala..
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui.

Aku mohon keampunan MU
Aku mohon perhatian MU
Aku mahu ingatan ku sentiasa mengingati MU
Dalam apa jua yang aku lalukan.

Aku tak cukup kuat.
Benarkah jalan yang ku pilih.
Engkau bantulah aku.
Engkau bantulah dia.

Keputusan ini amat perit,
Tapi aku harap ia jalan terbaik
untuk mencapai keredhaan MU
untuk menggarap sekaligus cinta MU

Aku doakan dia tenang
dia boleh terima keadaan ini
Begitu jua diri ku,
Ku harap aku dapat ketenangan
Ku terima kesakitan sementara ini.

YA ALLAH..
Bantulah kami..
Tunjukkan lah kami jalan menuju kejayaan dan kebahagiaan
abadi dunia akhirat.
Bantulah kami..
Bantulah kami..

Comments

Popular posts from this blog

Mengira kitaran haid & waktu subur

Tayar Kereta

Sayang