Angin.. Jangan dipandang enteng.

Sejak minggu lepas lagi.. angin aku kat badan sebelah kiri aku ni datang balik.
lenguh je tangan ni sampai kau x selesa nak buat kerja. tiap malam minta tlg sapa2 yg free utk sapukan minyak kat belakang badan aku nih.. x lega2. Penyakit ni mula datang masa aku belajar kat kusza lagi.. jadi aku dah biasa wpun letih menanggungnya.

Tetiba pagi ni, dalam perjalanan ke ofis aku teringatkan ttg angin ahmar. Terfikir lak aku adakah ia simptom2 angin ahmar..sampai ofis je aku terus search 'Angin ahmar' dan banyak info yang aku jumpa.. rasanya nak kene share dgn korang sbb aku fikir ia berguna. Angin ahmar bahasa saintifiknta = STROKE

Sejarah angin ahmar ini, ia merupakan sejenis mahluk Allah yang diciptakan sangat merbahaya kerana ia boleh menyerang sehingga ke urat saraf dan ia boleh membunuh.
Ikhtiyar yang paling baik melainkan dengan membaca doa angin ahmar.

"Sejurus kemudian Jibril pun ghaib, lalu kembali semula kepada Rasulullah S.A.W. dan berkata, “Bahawasanya ALLAH S.W.T. mengurniakan kepada engkau suatu hadiah yang mustajab, sesiapa membacanya walaupun sekali seumur hidupnya nescaya dia akan terselamat daripada al-rih dan al’ahmar."

boleh baca sejarah angin ahmar ni dgn lebih detail dari blog
http://epemudapas.wordpress.com/2008/01/16/doa-angin-ahmar-antara-ikhtiar-dan-tawakkal/.

Aku pun search lagi Doa angin ahmar. dan aku jumpa dari blog ni. Tapi aku jumpa yang berbahasa melayu: boleh la kita baca at least sekali seumur hidup. tapi kalau dapat dikerapkan punlagi bagus.
(URL: http://groups.yahoo.com/group/myqalam/message/3009)

Aku rasa perkara angin akhmar ni x boleh diambil ringan. Kalau korang jumpa link berguna lagi boleh la share. aku nk out dulu. waktu kerja dah mula.

Comments

Popular posts from this blog

Mengira kitaran haid & waktu subur

Tayar Kereta

Sayang