Wanita & Jamu

This week balik kampung.
Dalam sembang2 tu mak selitkan pertanyaan.
"Kali ni nk tempah jamu kampung tak?"
Laju je reply, tak pe mak, adik dh beli set berpantang, dlm tu dh ada jamu.
"Mana nak sama.. yang tu ntah bila dia buat, x fresh"
uii.. jamu pun ade fresh x fresh rupenye..gumam dlm hati :D

Hajatkan kali ni tak nak menyusahkan mak, lagipun risau tak terhabis mcm berpantang ank ke-2 baru ni. hihi..Tapi.. rasanya kene order gak jamu kampung.

lalu aku jawab,
Boleh la mak.. tp jgn byk2 nnt x habis.
"tak di makan tak habis la. Awk tu kerja dlm aircond, lagi la senang angin masuk.
nnt mula la muda2 dh cepat penat.. sakit lutut.. bla bla bla..."
panjang la tazkirah mak.

kebetulan sampi je di rumah, kawan baik yg jual jamu moden pun mnt tlg promote jamu nya. Saya tiada masalah. lagipun saya yakin byk kepentingan jamu dlm menjaga kesihatan dalaman wanita. bila dalaman sihat, badan pun cergas, otak pun cerdas.

Jadi hari ni terlintas nak share kebaikan jamu di kalangan wanita. Antaranya
i- mengembalikan rahim kepada keadaan asal. wanita ni biasanya kalau rahim sihat, insyaAllah seluruh badan jadi sihat dan bertenaga.
ii- sifat jamu yg memanaskan badan dapat mengelakkan badan dari angin. lebih2 lagi time berpantang.
iii- Orang jawa kata singset. istilah modennya mcm boleh jaga badan.
iv- Baik diamalkan bukan sahaja semasa tempoh berpantang untuk memberi kesan yang berpanjangan
v- membantu perlawasan 

Dari pemerhatian dan pengalaman orang2 lama. Dari dulu ade juga yang rajin dan malas mkn jamu. bukan semua orang lama mmg makan jamu. Tapi rata2 yang sekitar 50an dh xleh solat mcm biasa, yang jln dh bertongkat, kebetulan depa kata tak rajin mkn jamu. Ada juga yang meluahkan rasa kesal, masa berpantang dulu tak jaga betul2.

Saya ada tambah research sikit dari pembacaan di sekitar google tentang pantang larang ketika mengambil jamu.
i- mesti minum air masak yang byk ikut berat badan kita.
   - tukarkan berat badan kepada bacaan poun / lbs
   - darabkan dgn 2/3 dan hasilnya ada dlm oz.
   - convert oz kepada liter.
ii- jgn dicampur beberapa jenis jamu dlm satu masa. dikhuatiri badan terlebih dos ubat, memberi kesan sampingan yg lain.
iii-jgn minum ais atau benda2 sejuk. Nnt kesan nya tidak optimum
iv- nk makan jamu yang lain, seeloknya beri gap sebulan.
v- xperlu consume jamu semasa haid.
vi- jgn minum dgn air kelapa sbb air kelapa yg meneutralkan keadaan.

Okey. Selalu nurse2 kata, anak kuning xleh mkn jamu.. atas sebab ni juga la sy x mkn jamu dgn baik semasa ank ke-2.
Tapi ade tips semasa mengambil jamu supaya tak menjejaskan susu ibu. Sy dapatkan dari mak bidan dan kebetulan sama dgn tips mkn jamu mak dara serbuk dari official websitenya.
Iaitu semasa makan jamu, ampung payudara dengan  tangan supaya air jamu tak masuk saluran susu.
Yg ni sy akan cuba utk ank ke-3 nnt. InsyaAllah.





Comments

Popular posts from this blog

Mengira kitaran haid & waktu subur

Tayar Kereta

Sayang