Musafir di alam fana

Alhamdulillah..
jumpe jumaat kembali.

hari ni kwn2 sekeliling cerita pasal stress..
dengar pulak nasihat prof Dr Muhaya ttg punca stress
sebelum ni ada juga dengar tentang focus kita utk hidup
kebetulan, bulan2 sebelum ni mmg menguji cara diri kerdil ni handle stress
bila dh smpi tahap ni..
kita mampu menganguk mengiyakan nasihat2 berguna tu
tanda setuju..

penah satu ketika sebelum ni,
terbuka satu ceramah dari seorang ustazah
yang betul2 buat hati tersensentuh
istigfar dan mengalir air mata..
kalau nak ank jadi baik.. istigfar
kalau nak suami jadi memahami.. istigfar
kalau nak rezeki yang baik.. istigfar
kalau nak kwn2 kita jadi baik.. istigfar
apa2 berbalik pada diri sendiri dan istigfar
mengadu pada Allah sebab dia perencana segala sesuatu

sebelum tu pula ade ceramah ustaz berpesan
byk perkara yg menyerabutkan sekeliling kita
tapi.. focus la pada hubungan kita dgn Allah
focus how we interact to HIM
focus utk baiki interaction kita dgn Allah
bile kite sibuk selidiki diri kita dgn Allah
kite dah tak sibuk kepada perkara remeh temeh yang menggangu disekeliling kita

semua perkara2 di atas ni.. kalau kita cuba
kita yang untung..
nampak mcm ceramah biasa..
tapi mendalam..
pesanan ringkas tp klu kita amati
kita cuba, amal dan pecaya
kita yang rasa..

kesan nya.. kita mampu tersenyum
kita mampu terus bergerak dan melangkah
kita tidak terancam
walau ade je peluru cuba menusuk
peluru-peluru yang dipacu
semua ada shield yang menghalang dengan izinNya

Yang penting..
tak perlu tegakkan benang yang dh basah
kalau salah, minta maaf dan tidak ulangi..
kalau benar, alhamdulillah.. terus rutin tanpa menyakiti orang lain
sbb dengan cara itu..buat kita rasa lega
hakikatnya manusia mmg tak maksum yang banyak kekhilafan
cuma Allah masih tutup aib kita jadi kita masih gah di mata manusia
Jadi selalu lah istigfar kerana Nabi yang maksum juga selalu istigfar..
Astagfirullah..

Pesan Prof Dr Muhaya,
kite stress kalau perkara yang kita buat bukan berpaksikan Lillahitaala
mmg betul.. kalau kite selidiki.. kite akan redha kalau kite sedar semua dari Allah
bila redha.. stress pun x dapat peluang nk menyinggah..

Sy bukan orang yang sesuai utk beri nasihat pada readers
sekadar berkongsi rasa
semoga memberi sedikit manfaat pada readers
dan terus mengingati diri kerdil ini
serta menjadi sedikit jariah di hari jumaat.

InsyaAllah. :)










Comments

Popular posts from this blog

Mengira kitaran haid & waktu subur

Tayar Kereta

Sayang