Resepi : Kek kukus tanpa telur
Simpan dulu resepi ni. dapat dari blog mariafirdz.. Nampak mudah sbb semua guna sukatan cawan.. nak bake pun kukus je.. Maklum la.. ibu malas nk keluarkan oven ;) penimbang tepung pun masih kat kedai :p Kek Coklat Moist Tanpa Telur Bahan-bahannya: 1 cawan tepung gandum 1/2 cawan serbuk koko 1/2 cawan minyak masak 1/2 cawan susu pekat 1/2 cawan gula 1 cawan air panas 1 sudu kecil esen vanila 1 sudu kecil baking powder Cara membuatnya : 1. Ayak kan tepung gandum, serbuk koko dan baking powder. 2. Campurkan semua bahan dalam mixer. Takde mixer, guna blender pun boleh... 3. Dah siap adunan, tuang dalam acuan, dan kukus selama 45 minit dengan api besar. Alhamdulillah dah cuba 3 kali sepanjang cuti 2 bulan ni. Sekali buat cantik.. tp terlebih manis. Buat kali ke-2, ape ntah yg silap.. jadi bantat. tp rasa dh ok sbb kurangkan gula Buat kali ke-3, terlebih soda bikarbonat mungkin jadi mcm bau apam gula hangus n terkurang lagi manis sbb gula dh habis....