Tindakan awal pengurusan jenazah


Rumusan tindakan awal menguruskan jenazah
dari Cikgu Zubir Ahmad

1) Tutupkan mata
- cara urut perlahan guna minyak ( eg: minyak zaitun) di kelopak mata.
- Jangan guna duit. Haram. Jgn letak al-quran pada kepala dan perut.
- Lakukan jika mata jenazah masih terbuka. Kalau elok tertutup biakan saja.

2) Tutupkan mulut.
- cara urut rahang dengan minyak. kalau masih x tertutup baru ikat dengan kain.

3) Salin pakaian
- buang semua pakaian, jam, cincin.
- Gigi palsu/emas, cabut semasa hidup.
- Buat secara lembut dan menjaga aib. tutup dengan kain.

4) Bersihkan Jenazah
 - Buang najis, cuci bahagian kemaluan dengan lembut.
 - Bersihkan dari hujung rambut sampai hujung kaki.
 - Lap dengan kain dan air. Jangan dgn isi air ke dalam dubur gunakan getah dan keluarkan balik, dh mcm binatang. Buang secara lembut dan menjaga aurat jenazah.
- Sekiranya masa bersihkan, ada sesuatu yg keluar dari hidung atau telinga, sumbat dengan kapas

5) Urut sendi-sendi dengan minyak ( Minyak zaitun / minyak masak bersih dan tumbukkan halia)
- elakkan sendi2 jadi keras sebelum jenazah dimandikan
- bahu, siku, jari2, pergelangan tangan, pinggang, lutut, pergelangan kaki dan jari2 kaki.
- sunat mulakan dgn anggota kanan dan disusuli anggota kiri.
- jgn biar smpi dah sejam baru nak buat.. sendi dh masuk angin, akan jadi keras.

6) Berikan pakaian
- yang mudah utk dibuka utk dimandikan kelak
(cnth: telekung bagi perempuan, kain pelekat & baju teluk belanga)
atau tutup dgn kain bersih sehingga tertutup semua auratnya. Kalau boleh kain tebal sikit.
-Kemudian tutup bahagian muka dgn kain nipis. Nak pakaikan kopiah utk lelaki pun boleh.

7) Qiam
-Qiamkan tangan. Ikat lembut kedua tangan tu jika masih tak boleh qiam. Buat sekadar yg boleh sahaja. Jgn dipaksa.
- Rapatkan lutut dan ibu jari kaki. Ikat lembut sekadar yg boleh sahaja supaya keadaan jenazah lurus.
- Beratkan perut. contoh dgn garam dipenuhkan dlm plastik anggaran 500gm -> 1kg. Tujuan spy tidak dimasuki angin

8) Sunat diberi wangi2an
 - diberi wangian bukan direct pada jenazah tp pada kain yg menutupi jenazah.
 - ataupun wangikan bilik / rumah dengan pewangi rumah

9) Sunat dihadapkan ke qiblat.



Comments

Popular posts from this blog

Mengira kitaran haid & waktu subur

Tayar Kereta

Sayang