Jangan Sombong

Kalau akal x dapat menilai..
Beri laluan pada hati utk menilai..
Kalau hati pun asyik berbisik pada kecelaruan..
Istigfar.. Istigfar.. Istigfar
Jangan sombong

Sbb janji Allah pasti..
dia akan beri selama mana kita meminta
Minta lah yang baik-baik.. dia akan bagi
cuma masanya cepat atau lambat
jangan pernah lelah..
Dia akan bagi pada masa yang sesuai
bila Allah berhenti memberi..??
bila kita dah sombong untuk meminta..
bukan saya yang kata.. ceramah2 ustaz juga selitkan perkara yang sama

Jadilah kita bagai mutiara
makin lama makin berharga..
Sedang tayar buruk pun.. kalau dimanfaatkan dgn betul
Jadi tukun yang bermanfaat utk habitat lautan..

orang nk berjaya jlnnya bukan lurus
orang nk kaya jlnnya juga berliku
inikan lagi hidup yg panjang..
perjalanannya mmg bukan selalunya indah
jangan mudah melatah
jadi.. suka duka mmg jadi perhiasan perjalanan
dimana di situ kita belajar
terus bertatih sampai laju lariannya

memori dahsyat dan memori indah
mmg kita takkan lupa sepanjang hidup
memaafkan ya tapi melupakan tidak
kerana...
memaafkan akan beri kita ruang untuk berfikir
dari situ kita dpt melihat keindahan disebalik takdir
merasai hikmah yang Allah nk kita rasa
berlapang dada dengan peristiwa yg bakal terjadi
tidak melupakan spy ia kan terus jadi guru berguna
kan byk pepatah berkata
pengalaman adalah guru dlm kehidupan

untuk yang baru pertama kali menghadapi kesukaran
ia mungkin tamparan hebat
tapi yakin dan bersangka baik dgn Allah
akan buat kalian tenang dan mampu tersenyum selepas menangis

apa yang penting
rendah diri
jangan sombong
tidak menuding jari
insafi diri
sebab apa...
orang sombong susah untuk berubah
dia selalu rasa dirinya betul
dia rasa semua bukan salah dia
jadi dia akan tetap ditakuk lama

rugikan?
takkan selamanya nak jadi orang yang rugi?
peluang masih ada...
selagi hayat dipinjamkan
usaha tanpa doa juga sombong
berusaha, berdoa dan tawakkal
dan langkah lah dengan aman

Comments

Popular posts from this blog

Mengira kitaran haid & waktu subur

Tayar Kereta

Sayang