Born to be Win

Tiada apa yang merungsingkan
Tiada apa yang membimbangkan
Hanya kerana kau lelah,penat mahupun kecewa
Dengan persekitaran dan juga manusia
Kerana kau hamba Allah yang berjaya!

Yang perlu ditakutkan
Bilamana jiwa kian lemah
Bila pergantungan kepada Allah makin longgar.
Bila keinginan untuk berjaya selalu on and off.
Sebab itulah rahsia kegagalan!

Perjalanan hidup nan indah
Jika kegembiraan disyukuri
Jika kesulitan diredhai
Jika kepercayaan utuh pada Ilahi

Inilah dia kehidupan
disinari kesenangan bahagia dan rintangan
semua bukan sengaja didatangkan
melainkan utk menguji keihklasan

Kita mengaku menyayangi
mana mungkin sayang tidak diuji
Kita mengaku sabar
mana mungkin kesabaran tidak diduga
Kita mengaku taat
mana mungkin taat tidak dicuba
Kita mengaku berjaya
mana mungkin berjaya datang sekelip mata

Hati dididik supaya memaafkan
kerana manusia tidak sunyi dari kekhilafan
Ia mulia kerana menjaga persaudaraan
Selebihnya biar Dia menilaikan

Tapi...haruskah beri kemafaan
bagi yang angkuh tidak sedari kesilapan
sandarkan semua pada Mu Tuhan
Agar terus tenang melangkah kehadapan
Kerana ini adalah Rahsia Alam






Comments

Popular posts from this blog

Mengira kitaran haid & waktu subur

Tayar Kereta

Sayang