Wind MRSM 2013

Baru lepas hantar nota rayuan utk anak sedara ku sayang. Maizatul Shazlin yg nak sangat mengikuti jejak abang nya yang belajar di MRSM. Tp nasib dia kurang baik sbb x berjaya utk percubaan pertama.
Harap2 rayuan ni dipertimbangkan oleh pihak MARA. Ameen..

Utk rujukan kwn2 yang lain:

1) Semak keputusan
http://cms.mrsm.edu.my/ola/checkStatusF1.jsp

2) Keputusan keluar :
Permohonan anda tidak berjaya. Sila klik di sini  untuk menghantar rayuan.

- Jadi klik link tu.

3) Then akan keluar nama pemohon & ade ruang utk isi nota rayuan.
Saya buat mcm ni:

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Saya ? ayah kepada calon di atas. Saya ingin merayu agar pihak tuan dapat mempertimbangkan anak saya untuk belajar di MRSM.

Butiran beliau seperti beriku:
(i)Nama Pemohon : ?
(ii)Sekolah  : ?
(iii)No.Sijil Lahir    : ?
(iv)No. K/P            : ?
(v)Angka Giliran  : ?
(vi)MRSM dipilih  : ?


Selain mendapat keputusan yang cemerlang dalam pepriksaan UPSR 2012 iaitu 5A, beliau juga sangat aktif dalam aktiviti ko-kurikulum. Penglibatan beliau adalah seperti berikut:
1) Pengawas sekolah dari tahun 2 hingga 6
2) Kelab Doktor Muda peringkat Daerah Kuala Langat
bla bla bla
-isi semua aktiviti dia

Anak saya ini amat teruja untuk memasuki MRSM kerana tertarik dengan sistem pembelajaran yang sangat kondusif sepertimana yang selalu diceritakan oleh abangnya iaitu anak sulung kami yang kini belajar di tingkatan 3 MRSM Alor Gajah.

Pada pendapat saya, MRSM dapat menjadi platform yang terbaik bagi beliau memandangkan MRSM mempunyai sistem dan suasana pembelajaran yang kondusif selain mempunyai tenaga pengajar yang berpengetahuan & berpengalaman.Saya yakin anak saya ini akan memanfaatkan peluang yang diberi olehnya kelak.

Keperhatinan & pertimbangan pihak tuan, saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Terima Kasih.

--------

Saya hantar dengan senyuman dengan harapan nota ini juga dibaca dgn senyuman & terus permohonan ini diterima.
Ameen. :)

Comments

Popular posts from this blog

Mengira kitaran haid & waktu subur

Tayar Kereta

Sayang