kelahiran February 2012

Awalnya.. Cik cah mengucapkan ahlan wasahlan pada Fakhry & Dani.. Semoga kalian menjadi anak yg soleh, beriman pada Allah, menghormati ibu & ayah serta bijak.. Semoga kalian sentiasa dlm lindungan & keberkatan Allah s.w.t.


3 February..

Kawan baik, kak nency selamat melahirkan seorang pejuang islam.. Muhammad Fakhry Nazhan. Sebaik dilahirkan, anak kecil ini dikesan menghidap TGA. Baru semalam menjalani major operation, dan setakat pagi td, dberitakan jantung Fakhry masih belum dpt berfungsi.. bernafas dgn bantuan mesin.

Kak nency.. dugaan ini bukan saje2 Allah beri pada akk sefamily.. pasti ade kemanisan disebaliknya. Akk insan terpilih... yakin akan hikmahnNya ye kak.. Aku seakan x mampu nk mengatakan ini semua pada kak nency.. xtau ape yg perlu aku ucapkan.. sbb tu aku terdiam.. tp itu yg kuharapkan. Semoga Allah berikan ketabahan & kesabaran yg tinggi pd akk..

Ya Allah, berilah yg terbaik utk Fakhry.. ameen.


9 February

Aku pula menambah seorang lagi anak buah.. Dani Hafiy B. Mohd Shahren. Seorang lg khalifah Allah, pejuang Islam lahir ke dunia. Dani ada masalah pernafasan. Walaubagaimanapun dia masih boleh menyusu, tp.. kene kerap disendawa kan.. Kene berenti setiap 1oz.. Klu tak, semua akan termuntah keluar.. Dani x bernafas mcm biasa, nafasnya diselangi bunyi yg kuat.. Dr kata, ia terjadi sbb saluran pernafasannya belum matang..Rata2 Dr kata kene tunggu smpi usia Dani 6 bln utk pemeriksaan lanjut...

Aku tau, abg n kakak ku pasti terselit rase kerisauannya.. tp disembunyikan. Mereka masih mampu tersenyum. Ya Allah berilah kekuatan utk mereka menghadapinya. Temukanlah penyelesaian utk maslahnya ini. Semoga semuanya kembali sihat walafiat.Ameen..


------------

Manusia merancang.. Allah jua merancang & rancangan Allah adalah yg sebenarnya dan yg terbaik utk kita. aku memujuk hatiku, agar belajar redha dgn ketentuan Ilahi.. Allah lakukan pasti bersebab.. Ya Allah, aku hanya mampu memohon yang terbaik daripadaMU & berusaha kearah itu, selebihnya adalah ketentuanMU. Engkau jadikan aku hamba yg soleh wapepun yg sedang atau akan aku lalui kelak. Ameen..

Comments

Popular posts from this blog

Mengira kitaran haid & waktu subur

Tayar Kereta

Sayang