Makanan berasid & beralkali

Masalah ibu mengandung adalah berangin & masalah penghadaman. Bila kita rujuk pada Dr, Dr akan kata ia adalah simptom2 biasa. Pesanan kalangan Dr biasanya akan mengatakan bykkan mkn sayur & buah2han. Seterusnya utk pencernaan yg mudah, lebihkan minum air & menguyah mknn sehingga lumat sebelum di telan.

Nisbah bagi mengekalkan PH badan yg seimbang, nutrisi harian kita sebaiknya 20 mknn berasid & 80 mknn beralkali.
Peningkan nk fikir apa mknn berasid & beralkali?

Ha di sini la kite boleh lihat kenapa Dr duk cakap lebihkan mkn buah2han & sayur2.. rupa2nya mknn jenis ini adalah bersifat alkali. Tp awas, buah2 yg segar sahaja, bila dia dh busuk & bertukar warna, sifat alkali dah hilang. mcm tu jugak dgn sayur2ran.. x boleh terlebih masak :)

Ok ni antara mknn berasid & beralkali:


Makanan Beralkali
1. Sayur-sayuran: Bawang putih – Asparagus – Bit- Brokoli – Kubis – Lobak Merah – Kubis Bunga – Saderi – Klorela – Timun – Terung – Kubis Daun – salad – Cendawan – Dulce – Dandelion – Bawang – Parsnip – Kacang – Lada putih – Labu – Spirulina – Pucuk Tumbuhan – Skuasy (Labu Besar) – Alfalfa – Rumput – Barli – Rumput Gandum – Sayuran hijau
2. Buah-buahan: Epal – Avokado – Pisang – Kantalup – Ceri – Kismis – Kurma/Buah tin – Anggur – Limau gedang – Limau nipis – Tembikai susu – Tembikai – Oren – Lemon – Per – Nanas – Beri – Limau tangerin – Tomato – Buah tropika – Tembikai/Semangka
3. Protein: Putih Telur – Protein dadih susu – Keju kotej – Dada ayam organik – Yogurt – Badam – Buah Berangan – Tauhu (yang ditapaikan) – Biji Flaks – Biji Labu – Biji Skuasy (Labu Besar) – Bunga Matahari – Biji-bijian – Sekoi – Biji Pucuk Tumbuhan – Kekacang
4. Lain-lain: Cuka Cider Epal – Debunga lebah – Butir Lesitin – Kultur Probiotik – Jus Sayuran Hijau – Jus Sayur-sayuran – Susu Organik – Air Mineral – Teh Hijau – Teh Herba – Teh Dandelion – Teh Ginseng – Kombucha
5. Pemanis: Stevia
6. Rempah/perasa: Kayu Manis – Kunyit – Halia – Pokok mustard – Lada cili – Garam laut – Semua jenis herba
7. Sayur-sayuran dari timur: Maitake – Shitake – Reishi

Makanan berasid
1. Lemak dan minyak: Minyak Avokado – Minyak kanola – Minyak Jagung – Minyak Biji Hemp – Minyak Flaks – Minyak Zaitun – Minyak Kesumba – Minyak Bijan – Minyak Bunga Matahari
2. Buah-buahan: Kranberi
Biji-bijian: Kek Beras – Kek Gandum – Barli – Gandum Hitam – Jagung – Oat (digulungkan) – Beras (semua jenis) – Rai – Gandum – Biji Hemp – Tepung
3. Tenusu: Keju, Lembu – Keju, Kambing – Keju, Diproses – Keju, Biri-biri – Susu – Mentega
4. Kekacang dan mentega: Gajus – Kacang Brazil – Kacang Tanah – Mentega kacang – Walnut
5. Protein haiwan: Daging Lembu – Ikan kap – Remis – Ikan – Kambing – Udang karang – Kupang – Tiram – Arnab – Ikan Salmon – Udang – Kekapis – Ikan Tuna – Ayam Belanda – Daging Rusa
6. Kekacang dan legum: Kacang Hitam – Kacang Kuda – Kacang Hijau – Kacang Ginjal – Kacang Dal – Kacang Lima – Kacang Pinto – Kacang Merah – Kacang Putih – Susu Beras – Susu Badam
7. Pasta (putih): Mi – Makaroni – Spageti

Ph mknan seimbang ini bukan hanya utk ibu mengandung je tau, ia mmg elok utk kita krn ia antioksida badan secara semula jadi. Ada kajian menyatakan, kandungan asid yg tinggi dlm badan membuatkan sistem imun kite terhadap penyakit menjadi lemah. kesannya kite mudah diserang penyakit atau lambat baik jika diserang penyakit.

:) Apepun, selepas kite berusaha menjaga pemakanan, selebihnya kita panjatkan Doa & Syukur pada Allah yg Maha pengasih & Pemberi rezeki.. Tanpa izinnya, kita bukanlah sesiapa dimuka bumi sementara ini. < Waulahu Rasulu A'alam>

Comments

Popular posts from this blog

Mengira kitaran haid & waktu subur

Tayar Kereta

Sayang