Posts

Sakit terhiris

 Aku sakit Aku terhiris Parah Tak berdaya Walau zahir ku tiada di sana Walau bukan aku yang merasa Aku sedang diduga Sejauh mana aku Tegarkah aku Memejam diulit lena Leka dibuai angan dunia Sedang kau  Tiada bumbung berteduh Malah  Siang malam bagai tiada beza Ditemani dentuman  Yg memusnahkan Yg meragut  Yg melukakan  Allahu.. Berat mata ku memandang Berat lagi bahu yang memikul Bawalah pergi sengsara itu Berikanlah damai dan gembira Moga doaku, doamu dan Semua doa mukmin muslim menyatu Laknatlah zionis Menangkanlah muslim Dengarlah Ya Rabbul Izzati Yang memegang rahsia langit dan bumi  Tribute #myaqsadefender #freepalestine

Namun

 Hujan yang turun  Bersulam cahaya  Basah nya bumi  Mekarnya bunga  Membawa pelangi diakhirnya Rintik rintik hujan  Membawa harapan  Pabila bumi lama kontang  Namun ia.. menjentik resah  Pabila sungai mula melimpah  Kealpaan biasa melanda Bila gembira menguasai jiwa  Bila rencana mengikut gaya  Bila permata terhidang depan mata  Namun ia.. ternyata sementara.. Pinjaman halwa mata  Penyeri hiruk pikuk alam fana  Yang naqli jgn dibiar sepi Membawa aqli berirama senada  Memahami pesanan dari alam  Matahari dan hujan saling melengkapi  Bulan dan bintang menambah seri  Ingatkan hati mekar menyanyi  Maha suci Allah Allahu Rabbi  Namun..  Sekeping hati kan terus teruji Bisikan2 halus takkan berhenti  Selangi akal masih diberi  Ada saja hilang sana sini  Walau mentari menyinari bumi  Di seru hujan bekali kali  Mengharap pelangi yg belum pasti 

Refleksi

Tenang melihat engkau berlari2  Melambai2 di tengah2 kesesakan Sambil bibir mu mengukir senyum lebar Pabila kau melihat aku di sini Siap setia menunggu mu Ku dapat rasakan Hatimu yang sedang berbunga Berbunga mekar berbagai warna Penuh setaman Sehingga harumannya dpt kuhidu Damainya buatku tersenyum kembali Tiada alah walau lama menunggu Bila ku lihat wajah mu Kegembiraan dan bahagia Hatiku turut bercanda  Berterbanganlah segala durja Kan kurakam dlm memori paling dalam

Gelora

setulus sekeping hati  lembut mudah terusik adakala keras menentang bagai beliung adakala aman rasa gemersik pabila hati kata beriya-iya adakala akal menongkah hebat terubat hati dengan bahagia walau hakikat pedih masih terasa dikala aku rebah terjunam di lautan luas tiada ranting untuk digapai cuma pukulan ombak  terus menerus memukul hampir aku lemas tak mampu bernafas tiada hati yang peduli biar saja aku berenang sendiri aku sudah mampu berenang ketepi menawan buasnya gelora air  memenangi ganasnya deruan angin jangan cuba di campakkan rakit pasti rakit kan hancur  dipukul ombak yang kan mengganas walau nampak tenang permukaannya Bumi terus berputar  pasti tenangnya gelora  surutnya beliung bukan selamanya  selagi belum sangkakala

CERPEN: Langit Mendung - Part 3

Image
 Sampai di rumah penginapan.. Kayla mengheyakkan tubuh kecilnya ke atas katil. Fuhh~~ puas bejalan hari ni. Buji pun ikut meyelinap di sisinya.. Matanya terpejam.. kenangan 15 tahun dulu menerpa di ruang matanya.. seakan baru semalam. Emm.. Masa tu aku hingusan lagi. Polos. Hampir tiap hari aku ke kedai sebab memang aku lah orang suruhan mak kalau ada benda tak cukup kat dapur. Kebetulan memang aku terang hati bab duit. Dari umur 5 tahun dah pandai kira duit. haha.. Jadi mmg mak yakin je kalau minta aku beli barang. Laluan aku ke kedai memang akan melewati hadapan rumah Miji.  Waktu tu mungkin Miji sudah pun bersekolah menengah, tapi Kayla masih lagi darjah 3 atau 4. Jadi memang tabiat budak-budak suka berlari sambil menyanyi-nyanyi. Kadang-kadang jalan sambil makan aiskrim. Memang jadi bahan Miji nak mengusik Kayla. Miji pun terhibur melihat Kayla sebab adiknya masih kecil lagi. Dia dan adiknya jarak 9 tahun.  Budak, Selipar kau tertinggal!.. Teriak Miji pada Kayla....

CERPEN: Langit Mendung.. Part 2

Cerita adalah rekaan semata-mata Idea dtg time2 BZ.😆 ------------------------------------------------------------------------------------------------ Perjalanan dalam Nature Cruise menyelusuri pergunungan Milfort sound ini akan mengambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit. Khayla sangat terpesona kerana pemandangan pergunungan salji ini sangat menakjubkan. Air kopi hangat dengan muffin yg dihirupnya tadi sangat memberi kelegaan dalam suasana sejuk di sini. Buji dilihat dah pun terlena dalam beg pendukung khasnya. Mungkin sbb dah kenyang dan sejuk.. mudah lah Buji tertidur. Di lautannya terdapat sekawananan ikan lumba-lumba seronok bermain dipermukaan. Khayla sibuk mengambil gambar sebab inilah kali pertama dia melihat ikan lumba-lumba secara dekat. memang mengasyikkan. Hilang rasa penat ke Milfort Sound ni tadi yang mengambil masa selama 2 jam. Dibibirnya tak lekang dgn senyuman sambil sesekali bersembang dgn pelancong lain yang turut sama teruja dengan keindahan yang luar bias...

CERPEN: Langit Mendung ~ part 1

Cerita adalah rekaan semata-mata Idea dtg time2 BZ.😆 ------------------------------------------------------------------------------------------------ Kayla termenung menghirup kopi panas dihadapannya, sambil menikmati pemandangan pergunungan Milfort Sound.. lautan air tawar yang terbentang dikelilingi kehijauan hutan dan bunyi air terjun yang menjunam memberikan ketenangan yang maksima buat kayla. Dia bersyukur kerana walaupun dia terasa terlalu besar beban yang ditanggung.. dia masih diberi peluang oleh al-Khaliq untuk menikmati keagungan Dia. Dia masih bernasib baik masih ada ruang untuk dia perbaiki diri. Allah masih sayangkan dia. Tak boleh dia nak membayangkan.. apa yang Miji fikirkan tentangnya sehingga sanggup membiarkan dia keseorangan. 13 tahun berkawan belum cukup untuk Kayla memahami Miji.. yang ajak berkahwin pun Miji, tapi bila dah jadi yang sah... ada saja yang tak kena. Baru 2 bulan usia perkahwinannya, tp cukup untuk buat kayla membawa diri sampai ke new zealand. ...