Syawal 1438

Hari Raya Hari bergembira
Hari Raya Hari kemenangan
Bergembiralah... masa untuk bergembira
lagu raya!


Aku bukan penulis
aku hanya pencari solusi masalah2
dari ketidaksempurnaan sistem
yg dibangun ikut kehendak dia dia
tp aku selalu harap ia memudahkan kerja dia dia
walau kadang byk ketidaksempurnaan
semoga ia diangkat sebagai zarah2
yg diterimaNya sbg ticket aku ke syurga

Walau Syurga nmpak jauh...
Namun aku tetap mahukan itu...
Sbb aku tahu neraka amat dahsyat...
sedang panas dunia tidak tertahan....
inikan pula Neraka...

Walau alam tahu
setiap yang berlaku bukan Kau suka2 hadirkan
tapi.. tetap
Aku mahu tolak jauh2
bukan kerana aku tidak Redha... 
Syawal yg mulia
bantulah aku maafkan segalanya
kerana aku yakin
Kau hadirkan utk ajarkan kesabaran
Kesabaran yg bakal bawaku kepadaMu
Yang membawaku selalu bersyukur atas nikmatMu

Syukur kerana hadirkan insan2 yang menyayangi
Syukur hadirkan anak2 comel yang memahami
Syukur hadirkan teman2 yang ikhlas menyantuni
Semoga semuanya membuatkan aku selalu ucap alhamdulllah padaMu
dan seronok mengutip pahala2 dibumiMu

Selamat Hari Raya

Comments

Popular posts from this blog

Mengira kitaran haid & waktu subur

Tayar Kereta

Sayang