Keguguran / misscariage : Apa yang perlu kita ambil tahu

Assalamualaikum,
Hari ni sy nk selit sikit masa sy utk share tentang keguguran.

Biasa kan orang tua-tua kata keguguran tu bahaya. Penjagaan nya pun kene jaga lebih dari orang bersalin. Sbb katanya ibarat petik buah muda.. dipaksa petik, jadi getah byk keluar dari biasa.

Sy ada 2 pengalaman keguguran dan setiap satunya ada cerita sendiri. sama mcm kita mengandung dan melahirkan ank.. bunyi sama tp pengalaman lain setiap satunya.

Ok terus focus ttg apa yang perlu kita ambil tahu

Bila disahkan keguguran, Dr akan bagi option, nak DnC (istilah pasarnya cuci) atau lahir sendiri. ( kandungan trimester 1).
Sy cerita ttg kalau nk biar keluar normal / lahir sendiri.

1) Jgn sorang2. Sbb dia boleh keluar bila2 masa. Ada kemungkinan terus keluar mcm pecah darah dan kita akan terus pitam. Jadi, pastikan ada org yg boleh tlg kita kalau jadi apa2.
2) Sentiasa bersedia perhati darah bakal keluar.
3) Selepas kita pasti anak yg dikandung dh gugur.. pastikan juga uri turun sekali. Cmana nk kenal uri? Uri warnanya bukan warna darah period yg beketul2 tu. warna dia gelap menghala hitam dan structur dia pejal dan berserat.
4) Kalau darah yang keluar mcm kita haid, its okey.. tp kalau dia keluar x berhenti2.. asyik tukar pad je. Sekejap2 penuh. Tu LUAR biasa. Terus mnta bantuan utk hntr ke hospital. Mgkin ada sesuatu yang masih tertinggal di pintu rahim. Keadaaan ni bahaya sbb kita boleh kehabisan darah dan impact nya sama mcm turun darah.
Jangan ambil mudah.. ia boleh bawa MAUT.

Satu lagi adalah perihal emosi.
Masa ni wanita istilahnya kosong.. sgt mudah benda2 lain masuk.
Jangan biar mereka bersendirian.. teman dan ajak bercerita.
Wanita lazimnya wpun x kuat, dia akan cuba kuat.. :)

Okey. Jaga diri baik2 dan Selamat berpuasa.

Comments

Popular posts from this blog

Mengira kitaran haid & waktu subur

Tayar Kereta

Sayang