Hujan yang turun Bersulam cahaya Basah nya bumi Mekarnya bunga Membawa pelangi diakhirnya Rintik rintik hujan Membawa harapan Pabila bumi lama kontang Namun ia.. menjentik resah Pabila sungai mula melimpah Kealpaan biasa melanda Bila gembira menguasai jiwa Bila rencana mengikut gaya Bila permata terhidang depan mata Namun ia.. ternyata sementara.. Pinjaman halwa mata Penyeri hiruk pikuk alam fana Yang naqli jgn dibiar sepi Membawa aqli berirama senada Memahami pesanan dari alam Matahari dan hujan saling melengkapi Bulan dan bintang menambah seri Ingatkan hati mekar menyanyi Maha suci Allah Allahu Rabbi Namun.. Sekeping hati kan terus teruji Bisikan2 halus takkan berhenti Selangi akal masih diberi Ada saja hilang sana sini Walau mentari menyinari bumi Di seru hujan bekali kali Mengharap pelangi yg belum pasti
Pendidikan jawi Jawi.. dulu masa belajar tak pernah dgr istilah diftung. 😂 Bila dh belajar baru dapat faham ejaan baru sekarang. Tahun sblm ni masa wafiq, asyik la tnye ustazah mcmana ejaan yg betul.. Ejaan jawi dahulu pun ada beza dgn sekarang. Alhamdulillah ada ank2.. boleh tambah pengetahuan ejaan jawi dari mereka. Diftung - Penggunaa alif+wau, alif+ya dan ya+wau untuk menjadikan bunyi au, ai dan oi.
Sayang.. hasilan tulusnya naluri dari sekeping hati.. kehadirannya, tanpa dapat diluah tanpa perlu dikalam cuma dapat dirasa dihayati oleh jiwa-jiwa yang terpatri maka terikatlah janji-janji Sayang.. kerana sayang suntik bahagia sayang juga jentik kebimbangan kerana sayang kita kuat sayang juga buat tak berdaya dari sayang timbul prasangka ... to be continue. 😅
Comments
Post a Comment