Hormon hCG meningkat?

Ape tu hormon hCG? ;) Nama panjangnya human Chorionic Gonadotropin. Ia merupakan hormon yg berada dlm tubuh wanita yg hamil.. Ia menunjukkan meningkatan yg drastik pd awal2 sehingga minggu ke-12 kehamilan kerana ia adalah makanan pada janin yg ada dlm perut ibu2 mengandung. Dan akan berkurang selepas itu.

Cemana nk uji kehadiran hormon ini? ;) Hormon ini mula dpt di kesan dlm tubuh selepas 11 hari persenyawaan berlaku, tetapi hanya dpt dikesan melalui ujian darah. Selepas 12 hari baru boleh di kesan melalui urin test. Urin test / home pregnancy test adlh kaedah mudah utk mengesan awal kehamilan. Alat ni juga mudah ddapati di farmasi & haganya juga < RM10. Alat ini akan timbul 1 line sahaja apabila tiada unsur hormon hCG dlm urin, dan akan menunjukkan 2 line apabila wujudnya hormon hCG. Walaupun line yg kedua itu hanya samar, ia menunjukkan +ve kehamilan.

Kenapa tetibe cerita pasal hormon hCG ni pulak? ;) alhamdulillah.. sy dpt 2 line.  means positif. :)
Lps ni kene jaga diri , sahsiah & pemakanan spy anak yg dlm kandungan ini membesar dgn sihat & sempurna. January nnt baru ajak Mr Hubby check kat Dr. mudah2han kali ni selamat sehingga melahirkan.. Ameen.

1st time check : 25hb Nov 2011 2a.m . Nampak mcm wujud line ke-2 tp samar2. halus je warnanya. Jd masa tu x berapa confident.. maklumlah br 2 kali guna tester ni, jd x berapa faham. samada +ve atau -ve.

2nd time check : 29hb Nov 2011 1.30a.m. Alhamdulillah.. line ke-2 merah terang.

Findings:
- Bila negative , line ke-2 mmg x akan nmpk langsung.
- Bila wujudnya line ke-2, walaupun samar, ia adalah positif. Tp pd masa tu di awal2 sgt kehamilan. Paras hormon hCG dlm badan belum tinggi. Dan hormon ini akan meningkat drastik dlm tempoh 72 jam.

Apapun, usaha , ikhtiar & tawakkal pada Allah.. sesungguhnya Dia yg mentakdirkan sesuatu.

Comments

Popular posts from this blog

Mengira kitaran haid & waktu subur

Tayar Kereta

Sayang