CERPEN: Langit Mendung ~ part 1
Cerita adalah rekaan semata-mata Idea dtg time2 BZ.😆 ------------------------------------------------------------------------------------------------ Kayla termenung menghirup kopi panas dihadapannya, sambil menikmati pemandangan pergunungan Milfort Sound.. lautan air tawar yang terbentang dikelilingi kehijauan hutan dan bunyi air terjun yang menjunam memberikan ketenangan yang maksima buat kayla. Dia bersyukur kerana walaupun dia terasa terlalu besar beban yang ditanggung.. dia masih diberi peluang oleh al-Khaliq untuk menikmati keagungan Dia. Dia masih bernasib baik masih ada ruang untuk dia perbaiki diri. Allah masih sayangkan dia. Tak boleh dia nak membayangkan.. apa yang Miji fikirkan tentangnya sehingga sanggup membiarkan dia keseorangan. 13 tahun berkawan belum cukup untuk Kayla memahami Miji.. yang ajak berkahwin pun Miji, tapi bila dah jadi yang sah... ada saja yang tak kena. Baru 2 bulan usia perkahwinannya, tp cukup untuk buat kayla membawa diri sampai ke new zealand. ...