Posts

Sayang

Sayang..  hasilan tulusnya naluri dari sekeping hati.. kehadirannya, tanpa dapat diluah  tanpa perlu dikalam cuma dapat dirasa dihayati oleh jiwa-jiwa yang terpatri maka terikatlah janji-janji Sayang.. kerana sayang suntik bahagia sayang juga jentik kebimbangan kerana sayang kita kuat sayang juga buat tak berdaya dari sayang timbul prasangka ... to be continue. 😅

Jawi - Diftung.

Image
Pendidikan jawi Jawi.. dulu masa belajar tak pernah dgr istilah diftung. 😂 Bila dh belajar baru dapat faham ejaan baru sekarang. Tahun sblm ni masa wafiq, asyik la tnye ustazah mcmana ejaan yg betul..  Ejaan jawi dahulu pun ada beza dgn sekarang. Alhamdulillah ada ank2.. boleh tambah pengetahuan ejaan jawi dari mereka. Diftung - Penggunaa alif+wau, alif+ya dan ya+wau untuk menjadikan bunyi au, ai dan oi.

Sakit terhiris

 Aku sakit Aku terhiris Parah Tak berdaya Walau zahir ku tiada di sana Walau bukan aku yang merasa Aku sedang diduga Sejauh mana aku Tegarkah aku Memejam diulit lena Leka dibuai angan dunia Sedang kau  Tiada bumbung berteduh Malah  Siang malam bagai tiada beza Ditemani dentuman  Yg memusnahkan Yg meragut  Yg melukakan  Allahu.. Berat mata ku memandang Berat lagi bahu yang memikul Bawalah pergi sengsara itu Berikanlah damai dan gembira Moga doaku, doamu dan Semua doa mukmin muslim menyatu Laknatlah zionis Menangkanlah muslim Dengarlah Ya Rabbul Izzati Yang memegang rahsia langit dan bumi  Tribute #myaqsadefender #freepalestine

Namun

 Hujan yang turun  Bersulam cahaya  Basah nya bumi  Mekarnya bunga  Membawa pelangi diakhirnya Rintik rintik hujan  Membawa harapan  Pabila bumi lama kontang  Namun ia.. menjentik resah  Pabila sungai mula melimpah  Kealpaan biasa melanda Bila gembira menguasai jiwa  Bila rencana mengikut gaya  Bila permata terhidang depan mata  Namun ia.. ternyata sementara.. Pinjaman halwa mata  Penyeri hiruk pikuk alam fana  Yang naqli jgn dibiar sepi Membawa aqli berirama senada  Memahami pesanan dari alam  Matahari dan hujan saling melengkapi  Bulan dan bintang menambah seri  Ingatkan hati mekar menyanyi  Maha suci Allah Allahu Rabbi  Namun..  Sekeping hati kan terus teruji Bisikan2 halus takkan berhenti  Selangi akal masih diberi  Ada saja hilang sana sini  Walau mentari menyinari bumi  Di seru hujan bekali kali  Mengharap pelangi yg belum pasti 

Refleksi

Tenang melihat engkau berlari2  Melambai2 di tengah2 kesesakan Sambil bibir mu mengukir senyum lebar Pabila kau melihat aku di sini Siap setia menunggu mu Ku dapat rasakan Hatimu yang sedang berbunga Berbunga mekar berbagai warna Penuh setaman Sehingga harumannya dpt kuhidu Damainya buatku tersenyum kembali Tiada alah walau lama menunggu Bila ku lihat wajah mu Kegembiraan dan bahagia Hatiku turut bercanda  Berterbanganlah segala durja Kan kurakam dlm memori paling dalam

Gelora

setulus sekeping hati  lembut mudah terusik adakala keras menentang bagai beliung adakala aman rasa gemersik pabila hati kata beriya-iya adakala akal menongkah hebat terubat hati dengan bahagia walau hakikat pedih masih terasa dikala aku rebah terjunam di lautan luas tiada ranting untuk digapai cuma pukulan ombak  terus menerus memukul hampir aku lemas tak mampu bernafas tiada hati yang peduli biar saja aku berenang sendiri aku sudah mampu berenang ketepi menawan buasnya gelora air  memenangi ganasnya deruan angin jangan cuba di campakkan rakit pasti rakit kan hancur  dipukul ombak yang kan mengganas walau nampak tenang permukaannya Bumi terus berputar  pasti tenangnya gelora  surutnya beliung bukan selamanya  selagi belum sangkakala

CERPEN: Langit Mendung - Part 3

Image
 Sampai di rumah penginapan.. Kayla mengheyakkan tubuh kecilnya ke atas katil. Fuhh~~ puas bejalan hari ni. Buji pun ikut meyelinap di sisinya.. Matanya terpejam.. kenangan 15 tahun dulu menerpa di ruang matanya.. seakan baru semalam. Emm.. Masa tu aku hingusan lagi. Polos. Hampir tiap hari aku ke kedai sebab memang aku lah orang suruhan mak kalau ada benda tak cukup kat dapur. Kebetulan memang aku terang hati bab duit. Dari umur 5 tahun dah pandai kira duit. haha.. Jadi mmg mak yakin je kalau minta aku beli barang. Laluan aku ke kedai memang akan melewati hadapan rumah Miji.  Waktu tu mungkin Miji sudah pun bersekolah menengah, tapi Kayla masih lagi darjah 3 atau 4. Jadi memang tabiat budak-budak suka berlari sambil menyanyi-nyanyi. Kadang-kadang jalan sambil makan aiskrim. Memang jadi bahan Miji nak mengusik Kayla. Miji pun terhibur melihat Kayla sebab adiknya masih kecil lagi. Dia dan adiknya jarak 9 tahun.  Budak, Selipar kau tertinggal!.. Teriak Miji pada Kayla. Kayla hanya menole